Assalamualaikum...
Aktiviti : Jamuan Kelas 4 Rks
Hari : Khamis
Tarikh : 1/12/2016
Jam : 3.00-6.30 petang
Seminggu yang lalu.
Alhamdulilah syukur tak terhingga akhirnya segala perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar. Segala-galanya ditentukan olehNya. Kita hanya mampu merancang Dia jua yang menentukan. Setelah berbagai-bagai dugaan, cabaran dan cadangan akhirnya satu kata sepakat telah diambil. Kenangan dimana semua ahlinya yang cuba mencipta ceritera mereka tersendiri. Memperkuatkan kembali tali persahabatan yang khabarnya jauh meninggalkan. Dan hari ini segala-galanya telah terbukti. Persahabatan yang terjalin pasti mewarnai. Segalanya yang berlalu tidak mungkin berulang kembali tetapi boleh dijadikan kenangan dan memori dalam diri setiap insan.
Masa mula-mula awa sampai rumah Akma tu *Eh macam terpanggil ummi pulak* semua orang tengah busy tiup belon yang warna-warni tu. Comel je semua. Nak masuk semua tak muat. Jadi tunggu la turn nanti.
Awa pun excited jugak nak tiup ye la sebab dah lama tak tiup belon. Awa pun ambil la satu belon. Sekali tiup Ya Allah ingatkan senang ja nak tiup rupanya susah jugak sebab mungkin belon tu tebal sikit kena tiup kuat kuat. Masa tiup belon secara tak sengaja angin dalam belon tu termasuk balik dalam mulut. Kalau oksigen tak pa ni rasa angin tadi elok masuk dalam paru-paru. Ya Allah dalam hati awa fikir janganlah balik satgi awa kena pergi hospital sedut oksigen macam hari tu
Nauzubillah Min Zalik. Aku berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut. * Uhuk semput itu susah sebenarnya
Nasib baik time ni ramai yang sanggup bersusah payah tiup :D. Awa awal-awal lagi dah angkat kaki.
Dan sebenarnya kalau kita tak kenal seseorang tu kita tak boleh nilai pun sebenarnya tapi cuba untuk dekati mereka dan selami hati mereka sendiri. Dan kita akan lebih memahami sebenarnya. Acewah ni semua sebab ummi dan abahlah awa belajar memahami seseorang tu melalui pemerhatian.
Kat sini semua masih dalam pembikinan tiup belon dari tadi tak habis-habis. Dan macam biasa la kalau perempuan mestilah nak duduk dekat dengan kipas kan tak gitu ? Lelaki tak pa duduk luar angin kan sepoi-sepoi.
This is my ' Kakyang ' Hahaha jangan tanya kenapa sebab dalam kelas awa sorang ja kot yang panggil Najwa ni kakyang ye la lagipun nama kita kan sama. Tarikh lahir pun ada no 8 dengan 3 nampak tak? kami ada persamaan bukan sikit tapi banyak. Awa dan kakyang kami dah lama kenal dari pra sekolah masuk darjah 1,2,3,4,5, dan 6 kami sekelas dan naik form 1 smpai 3 tak sama kelas dan form 4 dan 5 of course kami sekelas. Ceritanya bermula apabila adik kakyang panggil kakyang kak lang sebenarnya tapi masa tu dia kecik lagi dia sebutlah kak lang tu jadi kakyang and then sampai sekarang melekat terus jadi kakyang. Sebab tu la awa panggil kakyang sampai sekarang.
Na'a ambil peluang tangkap gambar dengan belon kat belakang.
Tadaaa..ni jagung yang baru dikoyak kulitnya dan dibersihkan. Bermulalah akviti BBQ kami semua. Nampaknya semua orang tengah sibuk dengan tugas masing-masing
Anis dan Leha tengah asingkan satu persatu jagung yang telah dibersihkan tadi ke dalam pinggan untuk disapukan planta
Okay masa ni Anis tengah asingkan ayam yang dah siap diperap oleh Amni ke dalam pinggan sebab Aqil dari tadi asyik minta ayam sebab nak panggang dah. Na'a dengan Leha pula dengan khusyuknya menyapu planta. Ada dialog Jimin nak masuk meminang katanya * awa terbaca komen Leha
Disebalik tadbir kejadian ni sebenarnya semua orang tengah riuh sebab pemanggang tadi asyik tak nak nyala-nyala.
Akhirnya Anis turun padang tengok pemanggang ni asyik tak nak menyala
Berapa banyak surat khabar dah kami habiskan. Aisy dia main tarik tali pulak dah.
Nampak tak ? Kami ni harap ja ramai tapi takkan la semua nk kerah tenaga kan. Jadi kami guna la teknologi yang ada ni kan pakai kipas kan senang. Sambil tu boleh Aqil terbalikkan ayam tu. Anis relax je pegang jagung tu.
Dalam kesibukan kami semua memanggang bawah khemah Wan dengan Hafey memanggang berdua ayam kat hujung sana. Hafey tengah renung awan yang semakin mendung menandakan hujan bakal turun. Tak pasal-pasal nanti semua terpadam.
Happy je dua ketul ni tak macam kami yang riuh kat bawah khemah. Takpala janji kerja jalan.
Hafey, Wan, Aqil, Ali, Irfan antara jejaka yang rajin memanggang ayam. Alhamdulilah sedar juga kerja depa.
Okay masa ni awa rasa Hafey macam dah dapat rasa yang hujan nak turun dia pun apa lagi sediakan payung sebelum hujan la. Tu yang buka payung tu
Dan akhirnya berdatinglah mereka berdua. Wan yang memegang payung manakala Hafey memegang pengepit menunggu ayam untuk dipanggang. Kami yang ada bawah khemah tu biarkan je la. Ye la kan bila lagi nak rasa macam ni dengan sahabat.
Okay kita kembali ke bawah khemah. Khusyuknya Aqil dengan Na'a memanggang. Sambil kipas ayam sambil kipas Ali yang turut berada di depan.
Masa ni bau ayam dah menyucuk-nyucuk dah. Setengah ada di luar setengah lagi ada di dalam tengah menggoreng kentang dan sebagainya
Nampak tak masa semua orang tengah pastikan ayam dipanggang dengan sempurna ye la cer tengok awan kat atas tu dah mendung dah macam nak hujan. Tapi kami semua tetap teruskan jugak .
Time ni kami tengah tunggu ayam yang dah siap dipanggang nak letak dalam bekas and then susun. Apa benda la yang awa dengan ikin buat dekat belakang
Masa ni awa dengan beberapa orang dekat dapur tengah goreng kentang sambil goreng sambil makan. Hahaha. Lepas tu tengokla sat kat depan siap tak lagi. *dalam hati awa nak tengok Razia Sultan huwaa
Dan perkara yang dijangka terjadi akhirnya terjadi juga. Hujan turun dengan lebatnyaa. Dan satu-satunya gambar hujan tengah lebat ni je la yang lain semua sibuk lari angkat barang bawa masuk dalam rumah. Ada yang sibuk angkat peralatan. Bawah khemah masih memanggang tapi semua tak perasan yang air sebenarnya tengah bertakung kat atas khemah tu sampailah Akma bagitau baru semua tersedar habis kecoh. Yang lawaknya semua perempuan yang ada kat bawah tu. Semua menjerit-jerit nak tolong turunkan air tu tapi tak sampai. Wan dengan Hafey masih di hujung sana panggang ayam sambil pegang payung lepas tu pakai baju sejuk. Habis basah lencun. And then Wan dengan gentleman nya datang bawah khemah tolong tolak air tu turun ke bawah. Alhamdulilah betapa terseksanya kami yang perempuan ni nak tolak ye la nak dibandingkan dengan Wan yang macam tiang elektrik yang tinggi tu kami semua ni hanya setengah daripada tiang tu. Apapun terima kasih Wan dan Hafey yang paling teruk basah.
[ Dalam gambar ni Hafey nampak gentleman tolong payungkan Anis ]
Ni la pembalut hadiah yang paling jimat. Semua orang pakai surat khabar ja. Yeay awa dapat novel dengan clip yang comel sangat kepada orang yang bagi tu Thank you so much walaupun tak tau sapa dia.
Sesi makan makan pun telah bermula yummy..
Tak dinafikan kuah yang Aina buat tu sedap sangat hingga tak terkata rasa macam nak kena minta resepi ni kot-kot la ada bahan rahsia
Tengok tu semua orang tengah bahagia bila dapat ayam . Teringat pulak lagu KFC *hanyamuuu idaman hatikuu. Ayam ni lagi sedap homemade by 4 Rks
Ni masa pertukaran hadiah. Tengok gaya depa berdua ni nak tergelak pun ada. Haih sabar je la. Baru nampak muka si Afiq ni. Jae suk Malaysia 4 Rks ja yang ada.
Wan *dalam hati amacam* sambil keluar iklan Romano untuk lelaki yang berjaya
Finally...segalanya tidak dapat diulangi kembali tetapi gambar tetap menjadi memori yang terindah buat kita semua sahabat. Walaupun sekejap.
Walaupun dikacau mata ini masih melihat telinga ini masih mendengar perdebatan antara mereka bertiga dan hanya Hafey sahaja yang mempertahankan. Sabar je la dengan karenah mereka berdua. Tinggi salah rendah salah.
Wajah gembira semua orang. Akhirnya tercapai jugak impian kita sekelas nak buat BBQ walaupun tengah-tengahnya hujan lebat dan tak pernah dibuat orang.
Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan selamanya sehingga ke akhir hayat. In Shaa Allah. Aameen Ya Rabbal Al Amin
Photo by : Amni Fitriah
Disebalik Tabir
# cahaya_qaseh_