Assalamualaikum
Hari ini aku bercerita mengenai kehidupan.
Dimana setiap orang ada kisah dan ceritera mereka tersendiri. Soal aku dan mereka.
Aku juga manusia sama seperti mereka
Yang PERNAH ada rasa putus asa. Seolah-olah dunia sedang menghukum penghuninya.
Putus asa akan selalu ada bagi setiap manusia.
Tipulah jika aku tuturkan bahawa diri aku kuat sentiasa
Pernah suatu ketika aku dibuka luas penglihatannya agar dapat melihat kebenaran
yang disembunyikan manusia. Saat itu aku mengerti bahawa Allah sangat menyayangi aku.
Suatu kebenaran yang aku tidak pernah terjangkau dek akal.
Alhamdulilah aku dijernihkan sebuah fikiran yang lapang
Yang dirasakan jauh disudut hati yang paling dalam
Hati aku diketuk berkali-kali
Sampai pada satu tahap aku menahan sebak
Hibanya saat ini sehingga kekuatan yang ada sudah separuh hilang rasanya
Bilamana aku rasa payahnya untuk bangun
Diri ini sentiasa gagahi jua untuk terus bangun melawan setiap kejatuhan
Memegang erat tangan mereka yang tidak pernah putus memberi sokongan
Ya Allah
Terasa beruntungnya aku punyai orang yang sentiasa menyayangi aku seadanya
Jiwa mereka sentiasa hidup dalam membakar api semangat perjuangan
Aku bersyukur
Hari ini aku masih dihargai, disayangi oleh insan yang menjadi penyebab aku lahir kedunia ini
Jika hari ini aku terasa tidak berdaya
Aku masih punya mereka yang tidak pernah kurang dalam mencurahkan kasih-sayang
Jika hari ini aku masih lagi tidak berdaya
Aku masih punyai abah dan ummi yang sentiasa menjadi penyokong dari belakang
Jika hari ini aku terasa putus asa
Wajah merekalah yang akan menjadi penyebab mengapa aku masih lagi berdiri teguh
Jika hari ini kesihatan aku masih tidak mengizinkan
Doa mereka untuk lihat aku capai kejayaan akan terus menjadi tiupan semangat
buat diri yang lemah
Jika hari ini aku rasa perihnya mencapai kejayaan
Jernihnya pemikiran aku untuk terus berjuang setidaknya menjadi seorang yang berguna
buat mereka yang menanti
Saat ini, ketika ini,
Permudahkanlah segala niat aku untuk mampu menjadi anak yang solehah
serta mampu menghantar abah dan ummi ke syurga kelak
Ya Allah
Haramkanlah abah dan ummiku dari azab siksa api neraka
Hilangkanlah segala kesakitan yang ada padaku
agar aku dapat menjalani kehidupan sama seperti manusia yang lain.
Nur Izzatul Najwa Binti Muhamad Azam