Assalamualaikum.....
Nukilan ini ditulis mengenai hati yang merasai.
Di mana aku diberi pilihan untuk memilih kelas,
Rasanya terlalu sukar untuk membuat pilihan hanya dalam beberapa jam.
Pilihan pertama adalah aliran sains dan pilihan kedua adalah aliran akaun.
Dan aku memilih untuk mengambil aliran sains.
Hari pertama aku memasuki kelas.
Serasa hati ini kosong.
Kelas baru, sahabat baru, guru baru, suasana baru.
Dan segala-galanya baru.
Kalau dahulu ada suara-suara bahagia yang mengusik
Gelak ketawa yang riang
Menyakat sana sini
Namun segalanya telah berubah
Kenangan itu telah jauh pergi meninggalkan
Aku keseorangan
Terkapai-kapai mencari kesesuaian dalam diri
Bagaikan tiada tempat bergantung
Tiada sahabat yang menggengam erat jari ini
Adakalanya jiwa ini terasa kosong
Kosong
Ya terlalu kosong
Bagaimana aku untuk membina kembali semangat
Semangat yang hilang
Seperti tidak mahu kembali
Serasa berat untuk aku membawa pergi
Apakah ini pengalaman yang perlu aku tempuhi ?
Berjalan diatas duka
Ataupun takdir yang membawa aku ke sini
Mencari sesuatu yang dahulunya pernah hilang
Membawa aku mengejar impian yang dahulu aku impikan
Impian yang satu
Yang aku sematkan di dalam jiwa
Yang aku sisip kemas di dalam hati
Yang sering bermain-main di kotak fikiran aku.
Semoga aku berjaya dan tabah menghadapinya
Walau sukar untuk ditempuhi
Dan aku berharap yang jiwa ini akan penuh dengan kebahagiaan
Di mana aku sendiri merasai
Nukilan hati yang sepi,
NurIzzatulNajwaMuhamadAzam | 4 Rks | 2016
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan komen ya...
Note: only a member of this blog may post a comment.