14 Jan 2016

Itukah hati ?



Assalamualaikum...

Hari ini masih sama dengan jiwa yang sama. Rasa yang takkan berubah.
Mengharapkan sebuah keajaiban.

" Kesedihan yang dirasa
Tiada yang bisa untuk mengerti
Sepi yang selalu terlihat

Agar tidak bisa berulang "

Menunggu, termenung, melihat
Merasai jauh disudut hati yang paling dalam
Seakan-akan terasa.

Dengan berat hati
Mungkin terlalu banyak silap dan salah
Yang mungkin tidak diendahkan mahupun diambil peduli
Mungkin juga diri ini yang membawa pergi

Perlahan-lahan cuba untuk merawat dan melupakan
Mungkin juga Allah telah meletakkan jalan yang terbaik untuk berubah
Untuk yang terlalu mengejar sehingga terlupa
Yang Allah takkan pernah berhenti menyayangi
Apatah lagi melupakan walau sedetik

Mungkin Allah patahkan hati manusia seperti diriku
Untuk sentiasa ingat akan pedihnya berharap selain daripadaNya

Begitulah jua diriku
Seorang manusia biasa yang sentiasa ada salah dan silapnya
Yang mudah terasa hati dengan keadaan sekeliling
Yang kadangkala punya rasa putus asa

Walau sudah jauh perjalanan
Saat jatuh bagaikan tiada tempat berpaut
Kembali mencari yang Satu

Hati hanya mampu berbicara di dalam

Terima kasih Ya Allah kerana mengetuk pintu hati ini.


Nukilan hati yang rapuh,

NurIzzatulNajwaMuhamadAzam








9 Jan 2016

Pengalaman baru


Assalamualaikum.....

Nukilan ini ditulis mengenai hati yang merasai.
  Di mana aku diberi pilihan untuk memilih kelas,
Rasanya terlalu sukar untuk membuat pilihan hanya dalam beberapa jam.
Pilihan pertama adalah aliran sains dan pilihan kedua adalah aliran akaun.

Dan aku memilih untuk mengambil aliran sains.

Hari pertama aku memasuki kelas.
Serasa hati ini kosong.
Kelas baru, sahabat baru, guru baru, suasana baru.
Dan segala-galanya baru.
Kalau dahulu ada suara-suara bahagia yang mengusik

Gelak ketawa yang riang
Menyakat sana sini
Namun segalanya telah berubah
Kenangan itu telah jauh pergi meninggalkan

Aku keseorangan
Terkapai-kapai mencari kesesuaian dalam diri
Bagaikan tiada tempat bergantung
Tiada sahabat yang menggengam erat jari ini
Adakalanya jiwa ini terasa kosong

Kosong
Ya terlalu kosong

Bagaimana aku untuk membina kembali semangat
Semangat yang hilang
Seperti tidak mahu kembali

Serasa berat untuk aku membawa pergi
Apakah ini pengalaman yang perlu aku tempuhi ?
Berjalan diatas duka

Ataupun takdir yang membawa aku ke sini
Mencari sesuatu yang dahulunya pernah hilang

Membawa aku mengejar impian yang dahulu aku impikan
Impian yang satu
Yang aku sematkan di dalam jiwa 
Yang aku sisip kemas di dalam hati
Yang sering bermain-main di kotak fikiran aku.

Semoga aku berjaya dan tabah menghadapinya
Walau sukar untuk ditempuhi
Dan aku berharap yang jiwa ini akan penuh dengan kebahagiaan
Di mana aku sendiri merasai 


Nukilan hati yang sepi,

NurIzzatulNajwaMuhamadAzam | 4 Rks | 2016