15 Jun 2014

Dunia yang Fana

Assalamualaikum

" Takkan pernah berhenti umpatan mulut manusia..."

    Sedarkah kita manusia sering melakukan kesilapan antara sedar ataupun tidak..jika ianya salah, tegurlah, nasihatlah, bukan dengan mencaci, memaki, dirinya..diri kita juga belum cukup sempurna..setiap manusia punya kelemahan dan kelebihan..dari situlah kita cuba memperbaiki diri kita untuk menjadi  yang lebih baik, kalau kita memang inginkan yang terbaik...walaupun kita bukanlah yang terbaik...

  "Jika satu masa..kamu tidak punya tempat untuk mengadu...sesungguhnya ada Allah S.W.T tempat untuk kamu mengadu duka..
        Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kamu dalam apa jua keadaan yang kamu hadapi sama ada susah atau senang kerana Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar..."

Tak perlu bermusuh dengan orang tak suka dengan kehadiran kita..Jangan tanamkan sifat kebencian kita dalam diri...belajar memaafkan..jangan pernah kita membuat orang lain terasa dengan sikap kita yang sedemikian..jadilah manusia yang punya hati yang bersih. Menangislah untuk sesuatu yang menggembirakan...

NOTA CIK QASEH * From now! Let bygone be bygone..


Tersedar Dari Mimpi Yang Tak Sudah


Assalamualaikum

hari - hari telah ku lalui...
ingin aku tinggalkan terus bersemadi..
ingin aku...kembali kepada fitrah insani
tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
bebaskanlah diriku dan dibelenggu
dosa noda nafsu durjana..Amin,,Ya Rabbal Alamin..

NOTA CIK QASEH * BUKAN SENANG KITA NAK LALUI HANYA PERLU SABAR


                                                                                                   

4 Jun 2014

Kuasa Ikhlas



Assalamualaikum

Diriwayatkan tatkala ALLAH S.W.T menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu DIA menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para Malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat dari gunung ?".

      " Ada iaitu besi," ALLAH S.W.T menjawab.

      " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat daripada besi ?" malaikat bertanya lagi.


       ALLAH Yang Maha Suci menjawab, " Ada iaitu api ".

      " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat daripada api ?" soal malaikat.

       ALLAH Yang Maha Agung menjawab, " Ada iaitu air ".

Para malaikat pun bertanya kembali, " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat daripada air?"

     " Ada iaitu angin," jawab ALLAH Yang Maha Sempurna.

Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, " Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih dahsyat daripada semua itu?"

       ALLAH Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab," Ada iaitu amal anak Adam
yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
-HR TIRMIZI DAN AHMAD

Sesungguhnya, yang paling hebat, kuat dan dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tidak mampu menguasai dirinya. Sehinggalah sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas. Tanpa sedikit pun ada unsur menunjuk-nunjuk atau mahu diketahui orang lain.


NOTA CIK QASEH * BERSABARLAH SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA






Apa Yang Sudah Pergi, Biarkanlah ia Pergi

Assalamualaikum




Mengingat- ingat masa lalu dan bersedih hati membuat hati tidak tenang..Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

      Bagi orang2 yang waras, fail masa lalu ia sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat agar tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tak mungkin akan kembali..

      Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu,jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu masa lalu...kesilapan yang dilakukan pasti akan mematangkan diri..belajarlah dari pengalaman agar kita menjadi yang lebih baik. Mungkin susah kita cuba ..terus..dan terus mencuba..pedulikan kata orang..hidup ini tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya?. memulangkan matahari kepada tempat terbitnya?..sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sngat dahsyat dan menakutkan..

Hidup mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak-perandakan masa kini. Allah S.W.T sudah menceritakan tentang umat-umat masa lampau dan apa yang mereka lakukan. " Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sahaja.

          Sesungguhnya, manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun kearah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus aturan hidup, sunnah alam


  @DR. ' AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI


NOTA * BE YOURSELF ;')