13 Nov 2015

Persahabatan yang terjalin


Assalamualaikum




S.A.H.A.B.A.T


Wahai sahabat yang aku cintai dan sayangi. Usia yang bertambah tahun yang menginjak mengajar kita erti persahabatan yang terjalin.
Rasanya begitu sekejap sahaja masa itu berlalu. Pelbagai kisah dikongsi bersama. Adakalanya berlaku perselisihfahaman yang mengocak jiwa. Namun atas alasan dan kata sepakat akhirnya terlerai begitu sahaja. Masih terngiang-ngiang lagi tutur bicara yang kadangkala mengusik melodi hati. Senyuman yang tersungging di bibir bagaikan keseronokan yang tiada penghujungnya. Kata-kata  semangat menjadi faktor utama kejayaan kita bersama. Bukan ingin meninggalkan detik-detik serta memori terindah kita semua bersama. Perpisahan bukan mengajar kita erti pahit perjuangan. Perjalanan hidup kita masih panjang. Jika putus asa itu hadir tolehlah ke belakang wahai sahabat yang aku cintai. Lihatlah betapa jauhnya perjalanan yang kamu susuri selama ini.
Biar terlalu pahit bak hempedu untuk diungkap namun rasa sayang yang mengalir dalam diri tidak akan pernah berhenti.Memori yang kita cipta bersama, Kasih yang disulam selama 3 tahun ini sudah pasti akan menjadi detik terindah kita semua.  

S.A.H.A.B.A.T  S.E.L.A.M.A.N.Y.A

Nur Dina, Alyaa Diyana, Izzatul Najwa, Dini Athirah, Nor Azlin. 
Ain Natasyah, Effa Qurratulaini, Norafifa Syafini





NOTA CIK QASEH * MANA MUNGKIN MEMORI ITU TERPADAM DENGAN SENDIRINYA





No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen ya...

Note: only a member of this blog may post a comment.