4 Mar 2015

Cuba cari siapa diri kita yang sebenarnya


Assalamualaikum



   Ambil masa untuk lihat keadaan diri kita yang sebenar. Muhasabah diri. Lihat. Adakah betul apa yang kita lakukan selama ini? Benarkah? Apa yang membuat kita berubah? Manusia atau diri kita sendiri? TEPUK DADA TANYA IMAN. Sudah bersediakah kita? Merenung, melihat wajah kedua ibu bapa mampu membuat kita terasa sayu. Ibu bapa yang membesarkan kita, yang menyediakan makan pakai kita, yang bersusah payah mencari wang demi melihat anaknya berjaya. Tapi apa yang kita lakukan hari ini? Apa pengorbanan kita kepada ibu bapa? Pernah terfikir? Pernah terbayang ? Kadang -kadang itulah perkara yang selalu bermain di minda dan menyesakkan dada. Aku juga manusia biasa. Persoalan yang berada di fikiran tak pernah henti datang. Aku? Juraian daripada airmata umi mampu mengoncang hati kecilku. Walau setitis airmata itu jatuh. Perasaan sebak itu akan mula menguasai diri. Ya aku sayang, sayang umi dan abah. Kasih sayang umi dan abah terlalu besar nilainya untukku. Aku cuba berjanji dalam diri agar sentiasa melakukan yang terbaik. Melihat kejayaan orang mencetus semangat untuk aku terus berjuang demi mencapai cita - cita yang aku impikan sejak kecil. Jika di tanya apa yang paling membahagiakan aku. Jawapannya ialah UMI dan ABAH. Tanpa mereka aku mungkin tidak akan ada di dunia ini. Wajah itu yang menjadi inspirasi untuk aku berjaya, wajah itu yang menjadi pendorong untuk aku terus berjaya dan berjaya. Aku cuma ingin menjadi seorang manusia yang sentiasa bersyukur. Bersyukur ke hadrat Ilahi aku disedarkan melalui pengalaman yang menyakitkan. Aku belajar dari sebuah kesilapan. Aku belajar untuk menjadi seseorang yang lebih cekal dan tabah. Pengalaman yang menjadikan aku lebih dekat dengan Allah. Pengalaman yang mungkin tidak akan pernah aku lupakan. Masa aku sering dihabiskan dengan  menilai diri aku sendiri. Aku berharap segala yang telah terjadi dalam hidupku takkan pernah terulang lagi. Biarlah ia menjadi suatu kenangan. Mungkin juga dengan usiaku yang semakin meningkat menjadikan aku lebih matang dalam menangani sesuatu masalah. Aku harus bijak mengawal emosi. Semoga hidup aku akan lebih terasa indah dan sentiasa dekat denganNya.
                                     

                                                                      Aamiinn



                                                                                                   




No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen ya...

Note: only a member of this blog may post a comment.