21 Mar 2015

Menghitung hari

Assalamualaikum








         Pantasnya masa itu berlalu. Aku mungkin tidak ditakdirkan hidup didunia ini sekiranya kemalangan itu benar-benar berlaku. Kejadian yang tidak pernah mungkin luput dalam ingatanku.
Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat dunia. Hidup sebagai puteri tunggal dalam keluarga memang menyeronokkan cuma aku selalu kesepian. Hari ini genap umurku. Aku tidak perlukan hadiah untuk setiap ulangtahun lahirku. Aku cuma menginginkan orang- orang yang aku sayang sentiasa disisi memberi sokongan, galakan, serta motivasi dalam diri. Tahun ini juga aku akan menghadapi peperiksaan yang akan mempengaruhi hidupku. Cita -cita yang aku impikan sejak kecil tidak pernah berubah sehinggalah sekarang. Melihat wajah abah dan umi yang penuh pengharapan membuat aku sedikit gementar apatah lagi akulah satu-satunnya harapan abah dan umi. Aku juga ingin berjaya seperti orang lain. Aku juga inginkan kejayaan untuk dihadiahkan kepada umi dan abah. Pengorbanan abah dan umi terlalu besar untukku. Mungkin aku pernah jatuh, mungkin aku pernah berputus - asa suatu ketika dahulu tetapi aku harus membulatkan tekad dalam diri untuk terus berjuang, berjuang untuk mencapai cita- cita yang aku impikan sejak kecil.



NOTA CIK QASEH * CARILAH ILMU ITU TANPA MENGELUH DAN SELALU BERUSAHA



                                                                                                   








No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen ya...

Note: only a member of this blog may post a comment.