4 Jun 2014

Apa Yang Sudah Pergi, Biarkanlah ia Pergi

Assalamualaikum




Mengingat- ingat masa lalu dan bersedih hati membuat hati tidak tenang..Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

      Bagi orang2 yang waras, fail masa lalu ia sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat agar tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tak mungkin akan kembali..

      Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu,jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu masa lalu...kesilapan yang dilakukan pasti akan mematangkan diri..belajarlah dari pengalaman agar kita menjadi yang lebih baik. Mungkin susah kita cuba ..terus..dan terus mencuba..pedulikan kata orang..hidup ini tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya?. memulangkan matahari kepada tempat terbitnya?..sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sngat dahsyat dan menakutkan..

Hidup mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak-perandakan masa kini. Allah S.W.T sudah menceritakan tentang umat-umat masa lampau dan apa yang mereka lakukan. " Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sahaja.

          Sesungguhnya, manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun kearah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus aturan hidup, sunnah alam


  @DR. ' AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI


NOTA * BE YOURSELF ;')



                                                                                                                       
                                                                                                   




No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen ya...

Note: only a member of this blog may post a comment.