4 Jun 2014

Kuasa Ikhlas



Assalamualaikum

Diriwayatkan tatkala ALLAH S.W.T menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu DIA menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para Malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat dari gunung ?".

      " Ada iaitu besi," ALLAH S.W.T menjawab.

      " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat daripada besi ?" malaikat bertanya lagi.


       ALLAH Yang Maha Suci menjawab, " Ada iaitu api ".

      " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat daripada api ?" soal malaikat.

       ALLAH Yang Maha Agung menjawab, " Ada iaitu air ".

Para malaikat pun bertanya kembali, " Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih kuat daripada air?"

     " Ada iaitu angin," jawab ALLAH Yang Maha Sempurna.

Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, " Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-MU yang lebih dahsyat daripada semua itu?"

       ALLAH Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab," Ada iaitu amal anak Adam
yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
-HR TIRMIZI DAN AHMAD

Sesungguhnya, yang paling hebat, kuat dan dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tidak mampu menguasai dirinya. Sehinggalah sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas. Tanpa sedikit pun ada unsur menunjuk-nunjuk atau mahu diketahui orang lain.


NOTA CIK QASEH * BERSABARLAH SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA






No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen ya...

Note: only a member of this blog may post a comment.