2 Oct 2014
Aku Juga Merasa
Aku sudah lali mendengar
''wanita solehah itu tidak itu tidak ini''
seakan akan memerli.
Tahu kah kalian. Insan yang bertudung
labuh belum tentu gelarannya wanita solehah.
Yang menjadi kesilapannya kau lah yang salah menilai.
Kau melihat gadis itu bertudung labuh,
terus terusan kau menilai dia
''wanita solehah''.
Apabila dia membuat kesalahan
cuma sebesar zarah
Kau kutuk.
Kau memerli.
Kau hina.
Kau caci dia.
Sedangkan
si punya badan itu tidak langsung
berasa dia solehah.
Tidak berasa dia sempurna
seakan akan Siti Khadijah.
Tetapi sungguh. Dia sedang belajar.
Dia sedang berusaha.
Dia melakukan kesalahan.
Kau tegur. Bimbing dia.
Bukan kau umpat belakang.
Kami hanya seorang hamba.
Kami tak tahu bagaimana nak lari dari perkara itu .
Kalau boleh ajarkan kami, ajarkanlah.
Bagaimana mahu menahan diri untuk tidak melakukan semua itu.
Kami manusia jua.
Manusia biasa.
Mana MUNGKIN SEMPURNA.
NOTA CIK QASEH * BERUBAHLAH WAHAI MAWAR AGAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan komen ya...
Note: only a member of this blog may post a comment.